Monday 27 February 2012

Belia Masuk Kampung Ke-8 (BMK-8)

Program Belia Masuk Kampung Ke-8 (BMK-8) Keuskupan Keningau telah berjaya berlangsung dengan jayanya. BMK-8 ini telah bemula pada 5-19 Februari 2012. Sebelum para peserta dan AJK BMK-8 dihantar ke kampung-kampung pada 10 Februari 2012 untuk pendedahan, mereka terlebih dahulu menjalani persiapan rohani selama seminggu di Rumah Retreat Tuarid Taud Keuskupan Keningau (RRTTKK). Selepas 4 hari, mereka kembali ke RRTTKK pada 14 Februari 2012 untuk sesi refleksi, pembentangan laporan, fellowship dan sebagainya. 5 kampung yang terlibat ialah Kg. Paguokon Laut di Tenom, Kg. Paguokon Ulu di Tenom, Kg. Ulu Tomani di Kemabong, Kg. Kalampun di Keningau dan Kg. Dalit di Keningau.

Penyertaan belia dari Paroki St. Anthony, Tenom ialah seramai 10 orang yang merangkumi AJK dan peserta sendiri. Mereka adalah Ronnie Bahan, Cladius Wong, Moses Wilfred, Lister Saimon, Wendel Tony, Wenona Simon, Georgiana Lee Kiang, Richield Kiniar, Emma Ambrose dan Silver.

Semoga segala yang diperolehi semasa BMK-8 ini benar-benar membentuk keperibadian mereka sebagai seorang 'pekerja' diladang Tuhan yang luas ini dan dapat dikongsikan bersama dengan rakan-rakan belia yang lain yang belum berkesempatan mengikuti program ini. God bless us all.

Berikut disertakan beberapa gambar-gambar sepanjang program BMK-8. Selebihnya boleh dirujuk di FB peserta. :)
Banner BMK-8 created by Lissa Johannes
 antara para peserta yang tiba awal di RRTTKK
 Bergambar bersama setelah sesi Fr. Justin
 Berdoa rosari setiap petang
 free styles!
 sempat bergambar bersama YM Bapa Uskup selepas misa pagi
 muka ceria!
kami adalah bait suci Allah!


 outing ke Sg. Apin-apin

Misa dan persembahan dari para AJK dan peserta BMK-8

"INI AKU, UTUSLAH AKU." (Yes 6:8)

No comments:

Post a Comment