Sunday 4 March 2012

Mesyuarat KBK Bil 2/2012

Mesyuarat Bil 2/2012 telah diadakan pada hari ini selepas Misa Kudus di Bilik MPP, Paroki St. Anthony, Tenom. Kehadiran adalah seramai 20 orang termasuklah Sr. Olga James, FSIC selaku pembimbing rohani. Antara agenda perbincangan adalah seperti berikut:

1. Pembentangan Laporan Mesyuarat Bil 1/2012.

2. Persiapan Prapaska
- Koir semasa misa-misa sepanjang Minggu Suci adalah bergabung dengan Koir Senior, namun pemuzik adalah dari kalangan koir belia.
- Latihan lagu-lagu untuk misa Minggu Suci telah ditetapkan tarikhnya. (pengumuman tind: S/U)
- Beberapa alternatif akan dilakukan semasa misa Minggu Suci bagi mencari dana SYD-3 dan diharapkan semua belia dapat meberikan kerjasama yang erat antara satu sama yang lain.

3. Persiapan Pentahbisan Imamat Dikon Roney Mailap
- Peranan belia dalam pentahbisan ini adalah sebagai koir dan diminta untuk menyediakan persembahan pentas. (Persembahan akan dibincangken kemudian)
- Pakaian juga telah diseragamkan agar semua ahli koir dapat mencari pakaian tersebut sebelum tarikh pentahbisan iaitu hitam dan putih.

4. SYD-3
- Kuota penyertaan SYD-3 bagi Paroki St. Anthony, Tenom adalah seramai 75 orang, namun terlebih hingga kepada 80 orang. Keputusan sama ada dapat diterima atau tidak penyertaan yang lebih tersebut akan dibincangkan semasa Persiapan Rohani SYD-3 di Tatal pada 9-11hb Mac 2012.
- Berikut merupakan AJKT SYD-3 yang telah dipilih. Biro-biro kecil akan dipilih kemudian.
     Pengerusi : Sdri Lydia Justin
     Tim. Pengerusi: Sdri Elisabeth Linus
     S/Usaha : Jocelyn James
     Tim. S/Usaha : Ronnie Bahan
     Bendahari : Ronald James
- Dari Pengerusi Sdri Lydia, kepada 5 orang yang akan bertolak ke RRKKTT, Keningau untuk persiapan rohani SYD-3 agar membuat persiapan rohani sendiri dimana sahaja berada sebelum bertolak. Rosari akan diadakan pada hari Isnin hingga Rabu jam 6 p.m dan menyertai adorasi dan misa pada hari Khamis.
-Laporan Bendahari.
-Meeting SYD-3 yang seterusnya : 23hb Mac 2012 (Jumaat) jam 5 p.m.

"serius jugak."



focus...


brosur dari Fr. Clement. These are what actually happen in the world.

No comments:

Post a Comment