Sunday 19 February 2012

AJK KBK SAT 2012-2014

Belia-belia KBK St. Anthony, Tenom telahpun membentuk AJK-AJK bagi sesi 2012-2014 semasa pertemuan. Pertemuan atau mesyuarat ini diadakan di Bilik Mesyuarat MPP selepas Misa Kudus. Sebelum pembentukan bermula, Saudari Elisabeth Linus mengisytiharkan bahawa AJK sesi 2010-2012 dibubar secara rasmi pada hari itu, 19 Februari 2012. Pengisytiharan itu disampaikan dihadapan Sr. Olga James, FSIC dan En. Tony Wong. Saudari Elis juga menyampaikan ucapan singkat dan meminta maaf tentang salah dan silapnya sepanjang pelayanannya sebagai pengerusi KBK belia selama ini.

Pemilihan bermula dengan AJK Tertinggi. Seperti biasa, seorang akan memberi cadangan dan disokong oleh belia lain. Proses undian dilakukan secara rahsia dan hanya Sr. Olga sahaja yang boleh membuka kertas undian. Berikut ialah keputusan bagi pembentukan AJKT dan AJK Biro KBK St. Anthony, Tenom sesi 2012-2014.

Semoga para belia dapat saling mendoakan dan memberikan kerjasama serta cinta kasih yang erat agar para AJK dapat menjalankan tugas dengan komited serta bertanggungjawab. :)

Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi (AJKT) 
Penasihat: Rev. Fr. Clement Abel
Pembimbing Rohani: Sr. Olga James, FSIC
Pengerusi: Elisabeth Linus
Tim. Pengerusi: Ronald James
Setiausaha: Jocelyn James
Tim. S/Usaha: Vivi Octavia
Bendahari: Linda Charlene Sapok

Ajk Biro
1. Biro Koir: Ronnie Bahan
2. Biro Liturgi: Nelson Nasip
3. Biro Muzik: Lister Saimon
4. Biro Pelajar: Justina Linus
5. Biro Rekreasi: Cladius Wong
6. Biro Kebersihan dan Keceriaan: Rossalia Wong
7. Biro Kebudayaan: Dyanna Lorons

"Bukan kamu yang memilih Aku, tetapi Akulah yang memilih kamu." (Yoh 15:16)

No comments:

Post a Comment