Monday 27 February 2012

Mesyuarat Pengerusi KBK semua paroki dan mission Keuskupan Keningau

Pada 4 Feb 2012 (Sabtu) yang lalu, pertemuan atau mesyuarat semua Pengerusi @ Timbalan Pengerusi KBK setiap paroki dan mission telah diadakan di Bilik MPP Paroki Sat Anthony, Tenom. Mesyuarat tersebut bermula pada jam 10 pagi setelah ketibaan semua pengerusi dan koordinator Komisi Belia Keuskupan Keningau, Saudara Wilfred James.

Pertemuan ini merupakan pertemuan pertama bagi tahun 2012 dan kelihatan kehadiran beberapa muka baru para pengerusi KBK. Mesyuarat ini bermula dengan ucapan tahniah dari Saudara Wilfred kepada semua pengerusi baru dan pengerusi yang masih kekal. Seterusnya, setiap pengerusi/wakil membentangkan laporan segala aktiviti belia setiap paroki/mission sepanjang tahun 2012. Berikut merupakan agenda-agenda mesyuarat yang dibincangkan:
1. Pembentangan laporan aktiviti belia
2. Pembentangan takwim KBK Keuskupan Keningau dan takwim SYD-3
3. Perbincangan Penerimaan Salib Belia SYD-3
4. SYD-3
5. Hal-hal lain
Mesyuarat selesai kira-kira jam 12 t/hari dan berakhir dengan makan tengah hari. 

"SELAMAT MELAYANI"
 fokus... fokus...
 lapar ke..???

 kencaang juga muka kamurang niii... hehe
 serious juga... atukoiii...
"jan lambat2 bah sauk tu makanan... sia lapar suda ni." haha

No comments:

Post a Comment