Saturday 21 April 2012

Upacara Penerimaan Salib Belia SYD-3 (Labuan-Keuskupan Keningau)

Buat pertama kalinya, Salib Belia SYD-3 yang sudah meninggalkan Keuskupan Keningau pada tahun 2008 iaitu SYD-2 kini kembali apabila Salib tersebut tiba di Gereja St. Peter Bundu, Kuala Penyu. Salib Belia tersebut dihantar oleh belia-belia dari Gereja Blessed Sacrament, Labuan. Semasa upacara penerimaan Salib Belia SYD-3 ini, semua perwakilan dari setiap paroki dan mission Keuskupan Keningau diwajibkan hadir bagi bersama-sama mengongsikan sukacita ketibaan salib tersebut.

Salib tersebut tiba di perkarangan gereja pada 21 April 2012 (Sabtu) lebih kurang jam 10.30 pagi. Sejurus selepas penyerahan salib kepada ketua koordinator SYD-3 Paroki Kuala Penyu, misa kudus dijalankan.

Gereja Katolik St. Peter Bundu, Kuala Penyu
Antara belia-belia KP
Perwakilan Paroki St. Valentine, Beaufort
Ni dia para pemalu gong
Ketibaan Salib Belia SYD-3

Misa Kudus
Kol 2:7
"sumambayang tokou."
muka-muka BMK-8
Bergambar bersama
senyummmm...
nah jambatan sana Kuala Penyu mcm jambatan Pulau Pinang. Impressed!
makan tengah hari
smileeeee...
Selepas sesi bergambar, acara suka-suka dijalankan iaitu menari Sumayau hehe

Untuk melihat lebih banyak gambar, click this

Friday 6 April 2012

Upacara Jalan Salib

Upacara Jalan Salib bermula di luar gereja jam 8.30 pagi.
Perhentian Pertama - MPP
Perhentian Kedua - KWK
Perhentian Ketiga - KBK
Perhentian Keempat - Komiti Murut
Perhentian Kelima - Komiti Kadus
Perhentian Keenam - Komiti Cina
Perhentian Ketujuh - LOM
Perhentian Kelapan
Perhentian Kesembilan - Komiti Timorese
Perhentian Kesepuluh - Kuria
Perhentian Kesebelas
Perhentian Kedua belas - Komiti Warden
"sembah sujud bagi Mu Tuhan, kerana telah menebus dosa kami."
Perhentian Ketiga belas - Komiti Liturgi
Salib diarak masuk ke dalam gereja
Perhentian Keempat belas - Pelayan Altar


Tuesday 3 April 2012

Misa Kudus Pembaharuan Komitmen Para Paderi

Syukur kepada Tuhan. Misa Kudus Pembaharuan Komitmen Para Paderi Keuskupan Keningau telah berlangsung di Katedral St. Fancis Xavier, Keningau jam 6.30 petang. Dalam misa kudus tersebut para paderi turut memberkati minyak-minyak yang dibawa oleh umat-umat yang hadir.

Semasa misa kudus tersebut, Bishop dalam homilinya berkata dalam Yoh 17, ada 3 perkara yang didoakan oleh Yesus untuk pengikut-pengikutNya masa kini iaitu,
1. Supaya pengikut-pengikutNya sentiasa dalam kesatuan
Yoh 17:11 Para pengikut haruslah bersatu antara satu sama lain seperti Yesus bersatu dengan Bapa dan Roh Kudus. Semangat sangat penting bersama para paderi. Bukan paderi sahaja tetapi kita semua perlu berusaha menyatukan diri kita dengan peribadi Yesus yang sungguh-sungguh Tuhan, Putera Allah supaya mempunyai kekuatan dan kebijaksanaan dalam pelayanan kita dalam komuniti dan umat. Bishop berasa amat bersyukur kerana sepanjang pengalaman sebagai Uskup semangat kesatuan tetap ada dan diteruskan. Yesus sendiri berkata “Tinggallah di dalam Aku dan Aku di dalam kamu. Sama seperti ranting tidak dapat berbuah dari dirinya sendiri, kalau ia tidak tinggal pada pokok anggur, demikian juga kamu tidak berbuah, jikalau kamu tidak tinggal di dalam Aku. Akulah pokok anggur dan kamulah ranting-rantingnya. Barang siapa tinggal didalam Aku dan Aku di dalam dia, ia akan berbuah banyak, sebab di luar Aku, kamu tidak dapat berbuat apa-apa.” (Yoh 15:4-5)

2. Yang didoakan oleh Yesus kepada umat supaya dilindungi oleh si Jahat.
Pada masa kini, banyak cabaran-cabaran iman akan kita hadapi dan kita haruslah jangan biarkan diri kita digunapakai oleh si Jahat yang sentiasa melawan perbuatan Yesus. Kita mesti peka akan kehadiran si Jahat itu agar tidak membiarkan diri kita digunapakai untuk memecahbelahkan umat dalam komuniti. Kerana inilah rancangan yang ada pada iblis, maka kita perlu memohon perlindungan daripada Tuhan.

3. Hidup dalam kekudusan.
Perkara ini sangat perlu kita usahakan dan merujuk kepada tema yang dipakai oleh Sri Paus dalam WYD 2011 iaitu, “Rooted and Built Up in Jesus Christ, Firm in the Faith” (Col 2:7); Paulus mengingatkan umat di Kolose yang sangat relevan dengan kita, “kamu sudah menerima Kristus sebagai Tuhan, tetaplah bersatu dalam Dia, berakar dan dibangun dalam Dia”. Kerana tidak cukup hanya dengan pembabtisan, kita perlu mengambil langkah untuk satukan diri kepada Tuhan, berusaha agar sungguh-sungguh dikuasai oleh Kristus, sebagai sumber hidup dan kebijaksanaan. Kerana apapun cobaan yang datang, Yesus adalah sumber kekuatan kita, khususnya para paderi.

Akhir sekali, Bishop menyeru agar semua kita berdoa untuk para paderi agar mereka semua dapat memainkan peranan mereka, melayani dalam kesatuan dan melayani seperti Yesus. Kita harus mendekatkan diri dengan Yesus, membina relasi yang akrab dengan Yesus bukan sahaja dalam perayaan Ekaristi tetapi juga dalam Saat Teduh.
Bishop and all priests





Sunday 1 April 2012

Minggu Palma (Minggu Sengsara)

Misa Kudus Minggu Palma Paroki St. Anthony, Tenom bermula dari upacara pemberkatan daun-daun palma di Dewan Msgr. Wachter jam 8.30 pagi seterusnya berarak masuk ke dalam gereja. Dan dalam misa kudus pada minggu suci ini, KBK akan bergabung bersama Koir Senior dalam koir. 

Makna Minggu Palma
Seminggu sebelum Hari Raya Paska, umat Katolik akan merayakan Hari Raya Minggu Palma. Dan dalam perayaan ekaristi, di beberapa gereja diadakan perarakan dimulai dengan selebrant dan diikuti umat dengan membawa daun palma. Perayan Minggu Palma ini mengingatkan kembali saat Yesus datang memasuki kota Yerusalem dengan menunggangi seekor keledai. Pada saat itu, orang-orang Yahudi di Yerusalem begitu mengalu-alukan nama Yesus. Pada saat itu juga, jalan yang dilalui oleh Yesus ditutupi dengan daun palma yang berserakan dijalan. Semua orang melambai-lambaikan daun palma. Zakaria 9:9 ("Bersoraklah dengan nyaring hai putri Sion, bersorak-sorailah hai putri Yerusalem! Lihat rajamu datang kepadamu; Ia adil dan jaya. Ia lemah lembut dan mengendarai seekor keledai, seekor keledai beban yang muda.") Pada saat itu, orang-orang berteriak "Hosanna!" yang berarti, "Selamatkanlah Kami!". Pada saat itu, mereka yakin hanya Yesus lah yang raja dan mampu melepaskan mereka dari bangsa Romawi dan Yerusalem akan menjadi kota orang Yahudi.
perarakan bermula di Dewan Msgr. Wachter


Buku Liturgi Minggu Suci digunakan tahun ini untuk kali terakhir.  Buku yang baru akan di keluarkan selepas pembaharuan dalam perjalanan liturgi.
Dalam homili Msgr. Gilbert Engan, Msgr. menekankan beberapa perkara;
1. Apabila Yudas mencium Yesus, Yesus hanya berdiam diri sahaja. Dalam injil Markus, Markus menampilkan Yesus dan dalam hidup kita manusia sendiri, sudah tentu ada cobaan yang harus dilalui. Kita haruslah menerima cabaran tersebut daripada Tuhan Allah.

2. Menurut Injil Markus juga dalam Kisah Kesengsaraan, semasa Yesus ditangkap kelihatan seorang muda tidak berpakaian melarikan diri dan ada kemungkinan, orang muda tersebut adalah Markus sendiri. Ini mengingatkan kita sebagai murid-murid Yesus harus sentiasa mengikuti Yesus dengan meninggalkan segala-galanya terutama hidup didalam kedosaan. Msgr. juga mengingatkan para katekumen agar meninggalkan caha hidup mereka yang lama kerana mereka akan menjadi "manusia yang baru" pada malam paska nanti.

3. Dalam Kisah Kesengsaraan Yesus juga, semasa Yesus dituduh dan dihina, Yesus hanya terus berdiam diri sahaja dan tidak menjawab apa-apapun. Orang-orang yang dahulunya menerima Yesus semasa Yesus masuk ke kota Yerusalem kini telah berubah apabila mereka sendiri berkata, "Salibkanlah Dia!" Yesus ditinggalkan bersendirian dan tidak ada orang yang bersama-sama dia. Msgr. memberitahu dalam setiap kita mesti ada "interior conflict"  dan pada waktu kita berdiri dalam iman, kita ada waktu untuk bersendirian untuk menghadapi cobaan seolah-olah kita ditinggalkan oleh sahabat dll. inilah yang harus kita alami.

4. Dalam Kisah Kesengsaraan Yesus juga yang bermula di kebun di Yerusalem, Yesus sangat takut seperti darah yang keluar. Markus mengingatkan kita bahawa Yesus adalah sungguh-sungguh Manusia seperti kita yang sungguh-sungguh menderita. Msgr. mengingatkan dalam setiap penderitaan kita, satukanlah diri kita dengan Yesus kerana Yesus lebih dulu menderita dari kita dan benar-benar mengerti setiap perasaan dan perjuangan kita sebagai manusia.

5. Yesus juga lebih banyak berdiam dan tidak banyak reaksi semasa Kisah kesengsaraannya. Diam itu bukan melambangkan kelemahan, kerana apabila "terus berdiam", itulah kekuatan sebenar, kerana Yesus tidak pernah menjawab. Kadangkala, ramai orang yang akan mengatakan macam-macam tentang diri kita, apabila kita tahu kita berada dipihak yang benar, "berdiam dirilah" kerana itu bukanlah kelemahan tetapi satu KEKUATAN! Tidak ada faedah kalau kita menjawab, kerana kita memang tahu kita berada dipihak yang benar.

6. Dalam kemuncak Injil Markus, seorang Askar Roma berdiri didepan Yesus dan mengatakan, "sungguh, orang ini Anak Allah". Identiti Yesus yang selama ini tersembunyi melalui penyembuhan dan ajaran-ajarannya telah dibuktikan melalui penyalibannya di kayu salib. Pengakuan Yesus sebagai Anak Allah itu, diakui sendiri oleh askar Romawi yang seorang kapir. Bagaimana dia boleh mengakuinya sedangkan dia tidak melihat mukjizat dan ajaran Yesus?
- Berdasarkan imannya yang sejati
- Kerana dia melihat Yesus terpaku di kayu salib memberikan hidupNya untuk orang-orang berdosa
dan dalam hal ini kita amat merasakan Anak Allah telah memberikan hidupNya kepada kita.

7. Setelah Yesus wafat, jenazah Yesus diturunkan. Yoseph telah berjumpa dengan Pontius Pilatus (sangat berkuasa), telah meminta jenazah Yesus. Msgr. menegaskan melalui keberanian Yoseph tersebut, kita haruslah berani dalam menjadi saksi-saksi Yesus.

8. Eloi, Eloi, Lama Sabachtani. Yesus memanggil Allah sebagai "Abah"  dalam perkataan Arabic, yang bermaksud "Bapa". Dalam seluruh Kisah Kesengsaraan Yesus, dia amat yakin sepenuhnya akan kasih Bapa. Kita tanya dalam hidup kita yang penuh dengan dramatik ini, adakah kita yakin akan kasih Bapa yang tidak pernah meninggalkan kita?

Akhir sekali, Msgr. terus mengajar agar kita semua sentiasa dan sungguh-sungguh berdoa kerana Yesus adalah sahabat kita yang sejati dalam setiap perjalanan hidup kita. Amen.
Palm Sunday Mass
Sesi bergambar-gambar
Para ahli koir mendapat taklimat dan lain-lain dari Sr. Olga James (Pembimbing Rohani KBK) dan
Cik Mary Kimong (Pengerusi Liturgi)
Fokus juga membaca info Antanom
Para belia BMK-8 yang baru dari percutian di Kampung Kaparungan, Ulu Tomani bersama-sama para belia KBK SAT menyertai koir. Lepas tu bawa mereka jalan-jalan di Pekan Tenom.
From left: Roney Alfred (Kuala Penyu), Ronald (SAT), Gath (KSFX), Andre (KSFX), tiada dlm gambar kerana menjadi photographer (Herold, STT)
Kupi Tinum yang betul-betul Kaw! Hao Liao!
Tenom Evolution!
bersama tugu ikan talapia!