Sunday 25 March 2012

Sesi Bergambar

Sesi bergambar semua belia telah dijalankan selepas misa kudus pagi tadi. Gambar-gambar ini akan dimuatkan kedalam buku pentahbisan imamat Diakon Roney Mailap yang akan menjadi paderi pada 28 April ini. Hanya sebilangan kecil belia yang dapat mengikuti sesi bergambar ini kerana ada belia-belia yang lain belajar diluar negeri, bekerja diluar negeri dan lain-lain lagi.
macam ada satu org la kan yang mantap pose dia. hehe
sebahagian kecil daripada belia-belia SAT.
how wonderful God's creations, we're family.

main gambar-gambar. ^^

Saturday 24 March 2012

Mesyuarat KBK Bil 3/2012

Syukur kepada Tuhan kerana walaupun para belia sibuk dengan latihan koir untuk misa-misa Minggu Suci, persiapan rohani penerimaan salib belia SYD-3 dan mempunyai komitmen lain, mesyuarat belia kali ini berjaya diadakan di Bilik MPP jam 2 petang tadi.

 Latihan koir. Kehadiran para ahli koir masih kurang memuaskan.
Pilgrimage from the priest of Philipines
Selepas latihan koir, para belia menyambut ketibaan para paderi dari Philipines dalam lawatan ziarah Gereja Paroki St. Anthony, Tenom.
Welcome to Msgr. Wachter Pilgrimage Centre, St. Anthony's Parish. Gambar bawah: Msgr. Gilbert, Rektor Paroki St. Anthony (Berbaju putih) sedang memberikan penerangan kepada paderi dari Philipines tentang sejarah Msgr Wachter.
signing the guestbook!
reading the info
makan time!
wah... bukan main lapar oh... hehe
selepas itu, sebelum meeting bermula, para belia yang hadir menjamu makan tengah hari dan tq kepada Sisters sebab sponsor nasi hehe.
fokus makan juga...
fokussss!
Suasana mesyuarat

hot punya urusan! hehe
Antara agenda perbincangan yang menjadi perkara utama dalam mesyuarat ini ialah:
1. Pengesahan minit mesyuarat lalu
2. Persiapan Prapaska.
3. Penjualan semasa Minggu Suci
4. Hal-hal lain

Monday 19 March 2012

RETRET KEBANGUNAN ROHANI PRAPASKA 2012

Retret ini berlangsung selama 3 hari 2 malam yang diadakan di Gereja Bonda Maria Kemabong dengan bertemakan "Kalau Dia Datang, Dia akan menginsafkan dunia akan dosa, kebenaran dan penghakiman" (Yoh16:8).  Retret ini bermula pada 16 Mac sehingga 18 Mac 2012. Retret ini juga terbuka kepada semua belia di Tenom dan Kemabong serta diwajibkan  untuk calon-calon katekumen di Kemabong khususnya.      
Sesi pendaftaran dan makan bersama
Puji-pujian
Bergambar bersama
Misa Kudus
Salah satu sesi yang dikendalikan oleh En. Gilbert Ondoi
Salah satu sesi yang disampaikan oleh penceramah terkenal
Sesi sharing oleh peserta
Penyampaian cenderahati
Retret Kebangunan Rohani Prapaska
Sesi bergambar
Msgr. Gilbert Engan (Rektor Paroki/Mission) menyampaikan ucapan penutup

Para peserta diminta untuk memilih ayat dalam Bibile yang menjadi pegangan mereka
Sesi ceramah

Monday 12 March 2012

Sabah Youth Day 3 (SYD-3)

Doa SYD-3
Allah Bapa,
Sumber kehidupan dan kekudusan,
Kami bersyukur atas panggilanMu,
Untuk hidup dalam kekudusan.


Dalam perjalanan kamu menuju SYD-3,
Bantulah kami,
agar bersedia hidup berakar,
dan dibangun dalam Yesus Kristus.

Semoga melalui SYD-3 ini,
iman kami akan diperbaharui,
dan diteguhkan oleh SabdaMu yang hidup.

Bersama Bonda Maria,
Kami berdoa semua ini,
Melalui Yesus Kristus, PuteraMu,
yang hidup dan bertakhta dengan Dikau,
dan Roh Kudus, Allah sepanjang segala masa.
Amin

Lagu SYD-3
Kepada yang belum belajar action Lagu SYD-3 , mari kita belajar sama-sama! First tu mesti belajar lyric dia dulu aaaa...
Tajuk: Berakar dan Dibangun dalam Kristus
Hati ku penuh syukur
MenerimaMu Yesusku
Penuh Kasih dan Belas Kasihan

DisalibMulah
Kasih Allah Bapa terbukti
Yang menjanjikan Penyelamatan

Jangan biarkan 
kuasa ajaran dunia
Menipu dan menyesatkan kita

Cho:
Marilah bersatu hati
Mengalahkan Kuasa dunia
Berakar dan dibangun dalam Kristus

Bersaksilah bagi Dia
Hiduplah dalam Kasihnya
Teguhkanlah imanmu pada Yesus

Selamanya...
For more info, do visit this. See you in Tambunan! (^_^)

Sunday 11 March 2012

Persiapan Rohani TPBK Penerimaan Salib Belia SYD-3

"Sukacita bergelora didalam hati ini". Persiapan Rohani TPBK Penerimaan Salib Belia SYD-3 telah berjaya diadakan di RRKKTT, Keningau bermula 9-11hb Mac 2012. Persiapan Rohani ini diadakan khas untuk semua AJKT SYD-3 bagi setiap paroki/misson agar mereka dapat mempersiapkan diri sebelum ketibaan Salib Belia SYD-3 pada April nanti, dan segala yang diperolehi sepanjang persiapan rohani ini akan dibawa di paroki/misson masing-masing.

Terdapat 6 sesi sepanjang persiapan rohani ini yang berakhir dengan para liturgi. 6 sesi ini merupakan Fasa 1 sebelum Penerimaan Salib Belia SYD-3 2012. Berikut merupakan sesi-sesi tersebut:
Sesi 1: I am the child of God oleh Roselinah Francis
Sesi 2: Karya Penyelamatan Manusia oleh Rev. Fr. Ronnie Luni
Sesi 3: Hubungan saya dengan keluarga saya oleh Roselinah Francis
Sesi 4: Komuniti dan saya oleh Dikon Roney Mailap
Sesi 5: Salib dan Belia oleh Wilfred James
Sesi 6: Para Liturgi

Misa Pembukaan oleh Bishop
 Bishop berkata dalam homilinya tentang peranan belia untuk memantapkan iman kerana semua yang hadir merupakan wakil-wakil belia dari paroki/mission masing-masing. Semuanya telah dipilih Tuhan melalui bakat/talenta dan kebolehan untuk membawa Yesus agar sungguh dikenali, dikasihi dan dilayani menuju SYD-3. Bishop juga menekankan tentang membina relasi yang akrab dengan Yesus melalui berdoa serta sentiasa mendengar dan merenung Firman Tuhan, agar kita benar-benar "berakar dan dibangun" dalam Yesus Kristus. Selain itu, pengaruh duniawi dan perasaan tidak baik haruslah dihindari oleh semua belia. Akhir sekali, Bishop menekankan agar semua wakil belia yang hadir dapat menjadikan Persiapan Rohani ini sebagai "Mini Retreat" untuk memantapkan iman berdasarkan peribadi Yesus Kristus.
Saudara Wilfred memberikan kata alu-aluan
Sesi oleh Saudari Roselinah
Para wakil belia sunguh-sungguh menyerahkan segala doa dan permohonan mereka 
 We believe in Christ!
Ambil gambar dulu!
Control... hehe

The Light of Christ
Moses & Roney Alfred
We're family in Christ!
Puji-pujian. Kasih Yesus sangat Indah!
"Making melodies in my heart..."
"Melayani Mu Tuhan, didalam sukacita ku..."
Focus
Sesi oleh Dikon Roney Mailap
Para liturgi
Para Liturgi merupakan sesi terakhir dimana menekankan persekutuan umat melalui penyertaan dan komitmen. Sesi ini membawa belia untuk lebih mendalami iman mereka melalui renungan pengalaman mereka dan Salib Yesus. Menukul segala dosa-dosa dan sifat-sifat tidak baik diri sendiri pada Salib menggambarkan Yesus mati dikayu Salib atas dosa-dosa kita, bahawa begitu besar cintakasih-Nya kepada umat manusia.
Anak-anak Yesus.
Jumpa anda dilain masa. We love each other!