Friday 8 June 2012

Upacara Penghantaran Salib Belia SYD-3 ke KUK Paguokon

Selepas Paroki St. Anthony Tenom menerima Salib Belia SYD-3 dari Mission Kemabong pada 2 Jun lalu, Salib Belia SYD-3 ini terus bergerak dari outstasi ke outstasi. Terkini, Salib Belia SYD-3 telah berada di KUK Paguokon dan upacara penerimaan Salib tersebut disempurnakan di Gereja Tritunggal Mahakudus, Paguokon. Sambutan penerimaan Salib sekali lagi amat menggalakkan apabila ramai umat dari KUK Pengalat, Pamilaan dan Tipoh turut serta dalam penghantaran ini. Tidak lupa umat-umat dari KUK Paguokon sendiri dan sokongan kehadiran umat, khususnya para belia dari Pusat. 

Sejurus upacara penerimaan, sesi puji-pujian dijalankan dan seterusnya Misa Kudus. Dalam homili Msgr. Gilbert, beliau menyentuh mengenai iman Kristiani yang dianuti oleh orang-orang Kristian. Sama ada memegang iman Kristiani pada agama Kristian atau sebenar-benarnya pada Yesus. Msgr juga memberitahu terdapat banyak gereja di Eropah sudah dijadikan hotel-hotel atau rumah tumpangan. Inilah cabaran yang harus diterima oleh kebanyakan kita semua.



antara wakil belia dari Paroki St. Anthony, Tenom
Puji-pujian
Belia KUK Paguokon
Persembahan koir dari para belia KUK Paguokon merupakan sesi terakhir sebelum malam berjaga-jaga dijalankan
Action song of SYD-3 Theme song
Belia-belia SAT bergambar sebelum balik
Main gambar-gambar!
we're family!!!
Jangan pernah lelah diladang Tuhan!
For more pictures: click this

Tuesday 5 June 2012

Upacara Penghantaran Salib Belia SYD-3 ke KUK Melalap

Selepas tiga hari Salib Belia SYD-3 berada di Gereja St. Anthony Tenom, maka tiba masanya Salib ini bergerak mengelilingi beberapa buah outstasi yang telah dipilih iaitu sebanyak 5 buah outstasi. Outstasi yang menjadi destinasi pertama ialah KUK Melalap pada 4 Jun 2012. Rombongan dari Paroki SAT bertolak lebih kurang jam 3 petang dan tiba di Gereja Santa Maria Melalap setengah jam kemudian. Meskipun sambutan kurang menggalakkan iaitu kehadiran para umat samada dari Tenom atau Melalap agak sedikit, ternyata terpancar gelora sukacita pada raut wajah mereka menerima Salib SYD-3 tersebut.

Selepas itu, Misa Kudus dijalankan oleh Rev. Fr. Claudius Andrew seterusnya makan bersama. Pada waktu malam pula, sesi menonton tayangan filem diadakan iaitu "The Passion of Christ". Pada malam itu, semua penonton telah mengalami suatu jamahan dan sentuhan kasih dari Yesus kerana kesemua mereka masing-masing dapat merasakan penderitaan dan kesengsaraan Yesus. Para penonton menangis tidak kira lelaki dan perempuan. Itulah suatu pengamalan istimewa yang menjadi mukjizat dalam kalangan mereka. Sesi perdamaian dan perkongsian iman turut dijalankan.
Bertolak ke Melalap menggunakan lori
Sesi Puji-pujian
Salib Belia SYD-3 dibawa keluar dari Gereja St. Anthony, Tenom
Jom ke Melalap!
Salib ditakhtakan dihadapan altar

Salib SYD-3
Misa Kudus
Perkongsian Iman
Perkongsian Iman
Makan bersama
Puji-pujian sebelum menonton video
"The Passion of Christ"
Selamat Malam Bapa, Yesus, Roh Kudus
Berdoa
Sebelum bertolak
Penerimaan Salib SYD-3
Terimalah dengan harapan!

Sunday 3 June 2012

Upacara Penerimaan Salib Belia SYD-3 Paroki SAT

Setelah 4 tahun (dari SYD-2), kini Salib Belia SYD-3 telah kembali ke Paroki St. Anthony, Tenom pada 2 Jun 2012 (Sabtu). Salib belia ini bertolah dari Mission Kemabong dan diba di Gereja St. Anthony, Tenom lebih kurang jam 4 petang. Ketibaan Salib disambut dengan penuh sukacita!

Selepas ketibaan Salib, sesi puji-pujian dijalankan dan diteruskan dengan sesi perkongsian iman daripada kedua-dua pihak. Selepas makan malam, sesi malam berjaga-jaga telah dilakukan sehingga pada waktu pagi.



first reader

pemazmur
second reader





yang lain pigi makan, ini yang suka begambar hehe

Wednesday 2 May 2012

Bulan Rosari

Nah Bulan Rosari sudah. Kepada rakan-rakan belia, sempena dengan bulan rosari, mari kita sama-sama luangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit kah untuk berdoa kepada Ratu Rosari, Bonda Maria. Kesibukan aktiviti harian bukan alasan untuk tidak berdoa rosari. 

do click the picture for more clearer

Saturday 21 April 2012

Upacara Penerimaan Salib Belia SYD-3 (Labuan-Keuskupan Keningau)

Buat pertama kalinya, Salib Belia SYD-3 yang sudah meninggalkan Keuskupan Keningau pada tahun 2008 iaitu SYD-2 kini kembali apabila Salib tersebut tiba di Gereja St. Peter Bundu, Kuala Penyu. Salib Belia tersebut dihantar oleh belia-belia dari Gereja Blessed Sacrament, Labuan. Semasa upacara penerimaan Salib Belia SYD-3 ini, semua perwakilan dari setiap paroki dan mission Keuskupan Keningau diwajibkan hadir bagi bersama-sama mengongsikan sukacita ketibaan salib tersebut.

Salib tersebut tiba di perkarangan gereja pada 21 April 2012 (Sabtu) lebih kurang jam 10.30 pagi. Sejurus selepas penyerahan salib kepada ketua koordinator SYD-3 Paroki Kuala Penyu, misa kudus dijalankan.

Gereja Katolik St. Peter Bundu, Kuala Penyu
Antara belia-belia KP
Perwakilan Paroki St. Valentine, Beaufort
Ni dia para pemalu gong
Ketibaan Salib Belia SYD-3

Misa Kudus
Kol 2:7
"sumambayang tokou."
muka-muka BMK-8
Bergambar bersama
senyummmm...
nah jambatan sana Kuala Penyu mcm jambatan Pulau Pinang. Impressed!
makan tengah hari
smileeeee...
Selepas sesi bergambar, acara suka-suka dijalankan iaitu menari Sumayau hehe

Untuk melihat lebih banyak gambar, click this