Friday 8 June 2012

Upacara Penghantaran Salib Belia SYD-3 ke KUK Paguokon

Selepas Paroki St. Anthony Tenom menerima Salib Belia SYD-3 dari Mission Kemabong pada 2 Jun lalu, Salib Belia SYD-3 ini terus bergerak dari outstasi ke outstasi. Terkini, Salib Belia SYD-3 telah berada di KUK Paguokon dan upacara penerimaan Salib tersebut disempurnakan di Gereja Tritunggal Mahakudus, Paguokon. Sambutan penerimaan Salib sekali lagi amat menggalakkan apabila ramai umat dari KUK Pengalat, Pamilaan dan Tipoh turut serta dalam penghantaran ini. Tidak lupa umat-umat dari KUK Paguokon sendiri dan sokongan kehadiran umat, khususnya para belia dari Pusat. 

Sejurus upacara penerimaan, sesi puji-pujian dijalankan dan seterusnya Misa Kudus. Dalam homili Msgr. Gilbert, beliau menyentuh mengenai iman Kristiani yang dianuti oleh orang-orang Kristian. Sama ada memegang iman Kristiani pada agama Kristian atau sebenar-benarnya pada Yesus. Msgr juga memberitahu terdapat banyak gereja di Eropah sudah dijadikan hotel-hotel atau rumah tumpangan. Inilah cabaran yang harus diterima oleh kebanyakan kita semua.



antara wakil belia dari Paroki St. Anthony, Tenom
Puji-pujian
Belia KUK Paguokon
Persembahan koir dari para belia KUK Paguokon merupakan sesi terakhir sebelum malam berjaga-jaga dijalankan
Action song of SYD-3 Theme song
Belia-belia SAT bergambar sebelum balik
Main gambar-gambar!
we're family!!!
Jangan pernah lelah diladang Tuhan!
For more pictures: click this

No comments:

Post a Comment