Selepas tiga hari Salib Belia SYD-3 berada di Gereja St. Anthony Tenom, maka tiba masanya Salib ini bergerak mengelilingi beberapa buah outstasi yang telah dipilih iaitu sebanyak 5 buah outstasi. Outstasi yang menjadi destinasi pertama ialah KUK Melalap pada 4 Jun 2012. Rombongan dari Paroki SAT bertolak lebih kurang jam 3 petang dan tiba di Gereja Santa Maria Melalap setengah jam kemudian. Meskipun sambutan kurang menggalakkan iaitu kehadiran para umat samada dari Tenom atau Melalap agak sedikit, ternyata terpancar gelora sukacita pada raut wajah mereka menerima Salib SYD-3 tersebut.
Selepas itu, Misa Kudus dijalankan oleh Rev. Fr. Claudius Andrew seterusnya makan bersama. Pada waktu malam pula, sesi menonton tayangan filem diadakan iaitu "The Passion of Christ". Pada malam itu, semua penonton telah mengalami suatu jamahan dan sentuhan kasih dari Yesus kerana kesemua mereka masing-masing dapat merasakan penderitaan dan kesengsaraan Yesus. Para penonton menangis tidak kira lelaki dan perempuan. Itulah suatu pengamalan istimewa yang menjadi mukjizat dalam kalangan mereka. Sesi perdamaian dan perkongsian iman turut dijalankan.
![]() |
Bertolak ke Melalap menggunakan lori |
![]() |
Sesi Puji-pujian |
Salib Belia SYD-3 dibawa keluar dari Gereja St. Anthony, Tenom |
Jom ke Melalap! |
Salib ditakhtakan dihadapan altar |
Salib SYD-3 |
Misa Kudus |
Perkongsian Iman |
Perkongsian Iman |
Makan bersama |
Puji-pujian sebelum menonton video |
"The Passion of Christ" |
Selamat Malam Bapa, Yesus, Roh Kudus |
Berdoa |
![]() |
Sebelum bertolak |
![]() |
Penerimaan Salib SYD-3 |
![]() |
Terimalah dengan harapan! |
No comments:
Post a Comment