Saturday, 21 April 2012

Upacara Penerimaan Salib Belia SYD-3 (Labuan-Keuskupan Keningau)

Buat pertama kalinya, Salib Belia SYD-3 yang sudah meninggalkan Keuskupan Keningau pada tahun 2008 iaitu SYD-2 kini kembali apabila Salib tersebut tiba di Gereja St. Peter Bundu, Kuala Penyu. Salib Belia tersebut dihantar oleh belia-belia dari Gereja Blessed Sacrament, Labuan. Semasa upacara penerimaan Salib Belia SYD-3 ini, semua perwakilan dari setiap paroki dan mission Keuskupan Keningau diwajibkan hadir bagi bersama-sama mengongsikan sukacita ketibaan salib tersebut.

Salib tersebut tiba di perkarangan gereja pada 21 April 2012 (Sabtu) lebih kurang jam 10.30 pagi. Sejurus selepas penyerahan salib kepada ketua koordinator SYD-3 Paroki Kuala Penyu, misa kudus dijalankan.

Gereja Katolik St. Peter Bundu, Kuala Penyu
Antara belia-belia KP
Perwakilan Paroki St. Valentine, Beaufort
Ni dia para pemalu gong
Ketibaan Salib Belia SYD-3

Misa Kudus
Kol 2:7
"sumambayang tokou."
muka-muka BMK-8
Bergambar bersama
senyummmm...
nah jambatan sana Kuala Penyu mcm jambatan Pulau Pinang. Impressed!
makan tengah hari
smileeeee...
Selepas sesi bergambar, acara suka-suka dijalankan iaitu menari Sumayau hehe

Untuk melihat lebih banyak gambar, click this

Friday, 6 April 2012

Upacara Jalan Salib

Upacara Jalan Salib bermula di luar gereja jam 8.30 pagi.
Perhentian Pertama - MPP
Perhentian Kedua - KWK
Perhentian Ketiga - KBK
Perhentian Keempat - Komiti Murut
Perhentian Kelima - Komiti Kadus
Perhentian Keenam - Komiti Cina
Perhentian Ketujuh - LOM
Perhentian Kelapan
Perhentian Kesembilan - Komiti Timorese
Perhentian Kesepuluh - Kuria
Perhentian Kesebelas
Perhentian Kedua belas - Komiti Warden
"sembah sujud bagi Mu Tuhan, kerana telah menebus dosa kami."
Perhentian Ketiga belas - Komiti Liturgi
Salib diarak masuk ke dalam gereja
Perhentian Keempat belas - Pelayan Altar


Tuesday, 3 April 2012

Misa Kudus Pembaharuan Komitmen Para Paderi

Syukur kepada Tuhan. Misa Kudus Pembaharuan Komitmen Para Paderi Keuskupan Keningau telah berlangsung di Katedral St. Fancis Xavier, Keningau jam 6.30 petang. Dalam misa kudus tersebut para paderi turut memberkati minyak-minyak yang dibawa oleh umat-umat yang hadir.

Semasa misa kudus tersebut, Bishop dalam homilinya berkata dalam Yoh 17, ada 3 perkara yang didoakan oleh Yesus untuk pengikut-pengikutNya masa kini iaitu,
1. Supaya pengikut-pengikutNya sentiasa dalam kesatuan
Yoh 17:11 Para pengikut haruslah bersatu antara satu sama lain seperti Yesus bersatu dengan Bapa dan Roh Kudus. Semangat sangat penting bersama para paderi. Bukan paderi sahaja tetapi kita semua perlu berusaha menyatukan diri kita dengan peribadi Yesus yang sungguh-sungguh Tuhan, Putera Allah supaya mempunyai kekuatan dan kebijaksanaan dalam pelayanan kita dalam komuniti dan umat. Bishop berasa amat bersyukur kerana sepanjang pengalaman sebagai Uskup semangat kesatuan tetap ada dan diteruskan. Yesus sendiri berkata “Tinggallah di dalam Aku dan Aku di dalam kamu. Sama seperti ranting tidak dapat berbuah dari dirinya sendiri, kalau ia tidak tinggal pada pokok anggur, demikian juga kamu tidak berbuah, jikalau kamu tidak tinggal di dalam Aku. Akulah pokok anggur dan kamulah ranting-rantingnya. Barang siapa tinggal didalam Aku dan Aku di dalam dia, ia akan berbuah banyak, sebab di luar Aku, kamu tidak dapat berbuat apa-apa.” (Yoh 15:4-5)

2. Yang didoakan oleh Yesus kepada umat supaya dilindungi oleh si Jahat.
Pada masa kini, banyak cabaran-cabaran iman akan kita hadapi dan kita haruslah jangan biarkan diri kita digunapakai oleh si Jahat yang sentiasa melawan perbuatan Yesus. Kita mesti peka akan kehadiran si Jahat itu agar tidak membiarkan diri kita digunapakai untuk memecahbelahkan umat dalam komuniti. Kerana inilah rancangan yang ada pada iblis, maka kita perlu memohon perlindungan daripada Tuhan.

3. Hidup dalam kekudusan.
Perkara ini sangat perlu kita usahakan dan merujuk kepada tema yang dipakai oleh Sri Paus dalam WYD 2011 iaitu, “Rooted and Built Up in Jesus Christ, Firm in the Faith” (Col 2:7); Paulus mengingatkan umat di Kolose yang sangat relevan dengan kita, “kamu sudah menerima Kristus sebagai Tuhan, tetaplah bersatu dalam Dia, berakar dan dibangun dalam Dia”. Kerana tidak cukup hanya dengan pembabtisan, kita perlu mengambil langkah untuk satukan diri kepada Tuhan, berusaha agar sungguh-sungguh dikuasai oleh Kristus, sebagai sumber hidup dan kebijaksanaan. Kerana apapun cobaan yang datang, Yesus adalah sumber kekuatan kita, khususnya para paderi.

Akhir sekali, Bishop menyeru agar semua kita berdoa untuk para paderi agar mereka semua dapat memainkan peranan mereka, melayani dalam kesatuan dan melayani seperti Yesus. Kita harus mendekatkan diri dengan Yesus, membina relasi yang akrab dengan Yesus bukan sahaja dalam perayaan Ekaristi tetapi juga dalam Saat Teduh.
Bishop and all priests